YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat BSN Malaysia Ke YAWATIM

28 Ogos 2025 – YAWATIM menerima kunjungan hormat daripada pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) Malaysia.

Kehadiran mereka telah disambut oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM, Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, Hajah Esah @ Rabiah Binti Md Salleh (Ahli Lembaga Amanah YAWATIM) bersama COO YAWATIM, En. Ahmad Iskandar Bin Mohd. Yussof dan Pengurus Kolej Teknologi Bestari Caw. Ampang, YM. Tengku Ahmad Mujahid.

Pertemuan ini membuka ruang kerjasama baharu yang boleh diusahakan antara YAWATIM dan BSN dalam usaha memperluas pengumpulan dana waqaf serta membantu anak yatim dan asnaf di bawah IPT yang ditubuhkan oleh PEYATIM.

Untuk makluman, orang ramai sebenarnya boleh berwakaf melalui platform BSN:

  1. Kaunter BSN
  2. MyBSN
  3. EB BSN Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *