21 Ogos 2025 – Berlangsung Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PEYATIM) Berhad yang telah disempurnakan pelancarannya oleh Presiden PEYATIM, YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud Mansor.


Majlis ini turut dihadiri oleh kakitangan PEYATIM Group sebagai tanda sokongan dalam merealisasikan penubuhan koperasi ini. Penubuhan Koperasi PEYATIM Berhad diharapkan dapat membuka lembaran baharu dalam memperkukuh usaha kebajikan serta memberi manfaat jangka panjang kepada anak-anak yatim dan masyarakat.
Semoga koperasi ini menjadi platform strategik dalam menjana manfaat bersama demi kelangsungan misi dan visi PEYATIM.


