YAWATIM

Berita & Aktiviti

YAWATIM dan CPRO Solution Sdn. Bhd. Meterai Memorandum Persefahaman (MoU) Perkasa Pendigitalan Dana Pendidikan Anak Yatim

4 Ogos 2026 – Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama CPRO Solution Sdn. Bhd. sebagai langkah strategik ke arah memperkukuh pembangunan dana pendidikan anak yatim melalui penyelesaian dan platform digital.

Kerjasama ini merupakan kesinambungan daripada sesi perbincangan yang telah diadakan sebelum ini bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan CPRO Solution Sdn. Bhd. bagi meneroka potensi kerjasama baharu dalam memperkasakan ekosistem kutipan dana pendidikan secara lebih cekap, inovatif dan mampan.

Sebelum ini, pihak BSN telah diwakili oleh En. Faiz Ramzani, Section Head, Government, Corporate, Cashless & Micro, Bahagian Digital Banking, Cards & Merchant Business Department, manakala pihak CPRO Solution Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Aiman Mohd Ibrahim, Executive Director / CEO / Shareholder, bersama Dr. Mohd Ibrahim Mohd Arif, Founder, yang telah membentangkan cadangan serta penyelesaian digital bagi menyokong inisiatif kebajikan dan pendidikan anak yatim.

Majlis pemeteraian MoU telah ditandatangani bagi pihak YAWATIM oleh Pengerusi Eksekutif YAWATIM, manakala bagi pihak CPRO Solution Sdn. Bhd. ditandatangani oleh En. Aiman Mohd Ibrahim, Executive Director / CEO / Shareholder.

Bagi pihak YAWATIM, majlis tersebut telah disaksikan oleh Dato’ Haji Bedolah bin Botok, Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM dan diperhatikan oleh En. Ahmad Iskandar Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Operasi (COO) YAWATIM.

Bagi pihak CPRO Solution Sdn. Bhd., MoU tersebut telah disaksikan oleh En. Khairul Azhari, Sales Director, serta diperhatikan oleh Dr. Mohd Ibrahim Mohd Arif, Founder. Turut hadir sebagai pemerhati ialah En. Faiz Ramzani daripada BSN sebagai rakan strategik dalam kerjasama ini.

YAWATIM percaya kerjasama strategik ini akan membuka ruang kepada pembangunan ekosistem pendigitalan yang lebih menyeluruh, sekali gus memperluaskan akses masyarakat untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan anak-anak yatim dan miskin di Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *