
18 November 2025 – YAWATIM telah mengadakan kunjungan hormat dan sesi perbincangan bersama MRCB di KL Sentral. Mesyuarat berlangsung dengan kehadiran Datuk Dell Akbar Khan, Encik Mazli Sham dan Puan Selisa Usat. YAWATIM pula diwakili oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif I YAWATIM Datuk Dr. Hj. Mazlan Ahmad dan Timbalan Pengerusi Eksekutif II YAWATIM, Dato’ Haji Bedolah Bin Botok, COO YAWATIM En. Ahmad Iskandar bin Mohd Yussof dan En. Rashdan Rashid sebagai Pengerusi Sahabat PEYATIM Selangor.
Perbincangan memberi fokus kepada pengenalan PEYATIM Group serta peluang kerjasama strategik di bawah inisiatif KL Sentral. Antara yang dibincangkan termasuk cadangan mewujudkan Kaunter Waqaf & Informasi PEYATIM di KL Sentral serta pelaksanaan program CSR bersama anak-anak yatim bagi mengukuhkan hubungan jangka panjang antara kedua-dua pihak.

