YAWATIM

Berita & Aktiviti

Kunjungan Hormat dan Taklimat Bersama Kakitangan Pos Malaysia Negeri Terengganu

30 Jan 2026 – YAWATIM mengadakan Kunjungan Hormat dan Sesi Taklimat bersama Pengurusan Tertinggi serta Kakitangan Pos Malaysia Negeri Terengganu. Kunjungan ini diketuai oleh YM. Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM, bersama barisan Pengurusan Tertinggi YAWATIM dan PEYATIM. Dalam sesi taklimat, Pengerusi Eksekutif telah menyeru semua kakitangan Pos Malaysia agar terus berganding bahu bersama YAWATIM dalam usaha memperkasa dana waqaf bagi pembangunan pendidikan anak-anak yatim dan miskin di University College Bestari (UCB).

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Pos Malaysia Negeri Terengganu atas sokongan berterusan sejak tahun 2013 hingga kini, khususnya dalam membantu penjualan tanah untuk diwaqafkan demi kelangsungan pembangunan pendidikan anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM.

Selain itu, Pengerusi Eksekutif juga telah berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan dan pencapaian UCB, termasuk perancangan semasa dan hala tuju institusi, bagi memberi gambaran jelas tentang impak waqaf pendidikan kepada para penerima manfaat. YAWATIM amat menghargai komitmen dan sokongan berterusan Pengurusan Tertinggi Pos Malaysia Negeri Terengganu, termasuk 28 Ketua Pos Cawangan seluruh negeri Terengganu yang hadir dalam menjayakan misi kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim dan miskin ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *