
11 Feb 2026 – Alhamdulillah, YAWATIM telah mengadakan sesi Kunjungan Hormat dan Taklimat bersama barisan pengurusan serta kakitangan Pos Malaysia Berhad Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Pejabat Pos Besar Dayabumi, Kuala Lumpur.
Kunjungan ini diketuai oleh YM. Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM, bersama barisan Pengurusan Tertinggi YAWATIM dan PEYATIM. Sesi ini turut dihadiri hampir 50 Ketua Cawangan Pos Malaysia WP Kuala Lumpur.



Taklimat kali ini memberi fokus khusus kepada ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh kakitangan Pos Malaysia yang telah memainkan peranan penting dalam membantu mempromosikan dan menawarkan peluang waqaf tanah kepada pelanggan di kaunter-kaunter Pos.
Antara pengisian utama taklimat:
I) Penghargaan rasmi kepada kakitangan yang aktif mempromosikan waqaf PEYATIM
II) Perkongsian manfaat waqaf tanah terhadap pembangunan institusi pendidikan di bawah PEYATIM
III) Laporan pencapaian dan perkembangan semasa Waqaf PEYATIM
IV) Perancangan pengukuhan promosi wakaf di kaunter-kaunter Pos Malaysia Berhad
V) YAWATIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan dan seluruh warga Pos Malaysia Berhad WP Kuala Lumpur atas dedikasi dan sokongan berterusan

