
12 Feb 2026 – YAWATIM telah meneruskan siri kunjungan hormat dengan mengadakan sesi taklimat bersama barisan pengurusan Pos Malaysia Negeri Johor yang diketuai En.Suhairi Bin Sulaiman, State Retail Manager dan sebahagian Ketua Cawangan Pos Malaysia Negeri Johor yang diadakan di Pejabat Pos Kluang.
Kunjungan ini diketuai oleh YM. Prof. Dato’ Dr. Hj. Tengku Mahmud Mansor, Presiden PEYATIM merangkap Pengerusi Eksekutif YAWATIM, bersama barisan Pengurusan Tertinggi YAWATIM dan PEYATIM. Sesi turut disertai pengurusan cawangan serta kakitangan Pos Malaysia Kluang yang memberikan komitmen penuh sepanjang taklimat berlangsung.
Taklimat memberi penekanan kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam memperluaskan promosi waqaf tanah PEYATIM di kaunter-kaunter pos di negeri Johor, di samping menghargai peranan kakitangan Pos Malaysia yang menjadi sebahagian kejayaan waqaf PEYATIM yang sentiasa mempromosikan waqaf PEYATIM kepada pelanggan-pelanggan.


Antara pengisian utama sesi taklimat:
i) Apresiasi kepada kakitangan yang memberi komitmen waqaf PEYATIM
ii) Penerangan manfaat waqaf tanah PEYATIM dan pembangunan pendidikan di University College Bestari – UCB
iii) Perkongsian pencapaian semasa dan hala tuju waqaf PEYATIM
iv) Strategi pemantapan promosi dan penyampaian maklumat kepada pelanggan
YAWATIM merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga Pos Malaysia di negeri Johor atas kerjasama serta komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan pendidikan anak yatim dan miskin di bawah PEYATIM. Semoga kolaborasi ini terus diperkukuh

