YAWATIM

Berita & Aktiviti

Mesyuarat Forum Yatim Asean kali ke 12 / 2025 Filipina

23 – 25 Julai 2025 – Negara Filipina telah menjadi tuan rumah kepada perjumpaan Negara – negara Asean.

Pertemuan 2 tahun sekali ini telah dihadiri oleh wakil dari Negara Malaysia, Filipina selaku tuan rumah, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Viernam dan Negara Brunei.

Hari yang bersejarah ini telah diadakan di Hoyoland Eco Tropical Resort pada 24 Julai 2025. Sebelum mesyuarat diadakan, para delegasi telah disambut dengan persembahan oleh anak-anak yatim dari Asrama Dar Amanah, Makati Filipina dan diberikan penghormatan melawat persekitarah Asrama Dar Amanah.

Mesyuarat kali yang ke 12 ini telah dipengerusikan oleh YM Prof. Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor. Setiap agenda-agenda yang tersusun telah dibincang dan dikupas diantara deligasi satu persatu. Semoga setiap perbincangan merupakan perbincangan yang terbaik dengan dirahmati oleh Allah swt demi perjuangan untuk anak-anak yatim. Insha Allah dengan izinya pertemuan untuk kali ke 13 akan di adakan di Vietnam 2027

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *