
22 April 2026 – Majlis penyampaian sumbangan kepada Pos Malaysia Cawangan Parit Raja, Batu Pahat telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas pencapaian cemerlang cawangan tersebut yang berjaya merekodkan kutipan tertinggi dalam pelaksanaan kempen yang dijalankan. Sumbangan dalam bentuk hamper disampaikan oleh Pengurus Negeri YAWATIM Johor, Tuan Haji Ramley bin Othman kepada wakil Regional Sales Manager (RSM) dan Regional Sales Support Manager (RSSM) Johor sebagai tanda sokongan serta penghargaan terhadap komitmen yang telah ditunjukkan oleh seluruh pasukan.
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa kerjasama erat, semangat berpasukan, serta usaha gigih setiap warga kerja Pos Malaysia Cawangan Parit Raja telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Kejayaan yang dicapai bukan sahaja mencerminkan prestasi cemerlang dalam aspek kutipan, malah menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong objektif kempen serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

