
16 Mei 2026 – Yan, KEDAH. YAWATIM melalui Sahabat PEYATIM Kedah Perlis berkolaborasi bersama Unit Bahasa Antarabangsa (UBA) Universiti Utara Malaysia mengadakan Program Waqaf Ilmu: Bersama berbakti membina generasi . Para pelajar di Rumah BUDI didedahkan dengan beberapa perkataan sapaan dalam 8 Bahasa Antarabangsa seperti Mandarin, Korea, Jerman, Sepanyol, Peranchis, Jepun dan Bahasa Arab.
Sahabat PEYATIM Kedah Perlis menaja makan tengahari program tersebut yang turut melibatkan taklimat oleh wakil E-Idaman Sdn Bhd. UBA UUM turut menyediakan cenderahati dan memberikan sumbangan kepada Rumah BUDI.
Setiausaha dan penyelia Rumah BUDI turut hadir memeriahkan program tersebut. Program Waqaf Ilmu di Rumah BUDI Yan ini merupakan kali ke-4 diadakan di asrama ahli gabungan PEYATIM.